Assalamualaikum....hai semua...kita jumpa lagi dalam blog yang paling seksi dimaya pada ni...cewah...mengangkat diri sendiri dalam erti kata lain perasan la tu...hehehe
Aku ada kisah baru nak kongsi dengan korang ...hari tu kita cerita pasal sungai memori aku kan?
sebenarnya banyak lagi perkara menarik yang korang perlu dan patut tahu pasal sungai tu...antaranya...kalau dulu sungai tu lah menjadi sumber bekalan air bagi penduduk kampung aku termasuklah keluarga aku...tapi itu duluuuu....sekarang semua warga kampung dah ada kemudahan air dan elektrik..tak susah macam dulu...syukur kerana merasa arus pemodenan...
Selain tu,lewat tahun 80an,sungai tu menjadi tempat berkumpulnya ibu2 yang membasuh pakaian...dulu mana ada mesin basuh macam sekarang ni...semua kena basuh pakai manual...(pakai tangan la maksud aku)...
dan yang paling sibuk adalah "kami" anak2 mereka...orang sibuk membasuh,kami sibuk main kejar2..bila kena marah,diam sekejap lepas tu sambung balik kegiatan kami yang ketika itu amatlah menyeronokkan...suasana jadi amat bising dengan suara kami yang memekak...ada yang jadi tarzan,ada yang main pasir,ada yang main perang2...eh,korang tau ke main perang2 tu macam mana?
Ha...meh sini aku nak story,main perang2 ni antara permainan wajib bagi kami kat sungai tu...cara2nya...ewah,macam nak buat kueh la pulak yea?tak kisah la...pertama sekali kami akan berpecah pada dua kumpulan,biasanya 3 atau 4 orang dah kira ok untuk mula...satu kumpulan akan mencari tempat persembunyian..dan satu kumpulan lagi bersiap sedia untuk memulakan perang...kami akan guna tanah liat yang banyak terdapat didindins sungai,tanah liat tu akan dikepal sebesar satu genggaman.tugas tanah liat tu adalah sebagai peluru...
Acara hendap-menghandap pun bermula...ha...kalau nak tau,inilah part paling gempak....acara baling membaling peluru tanah liat...sesiapa antara kami yang 'tertembak' pihak lawan maka orang tu akan dikeluarkan daripada permainan...kira out of the game lah...habis lah badan orang tu kena tanah liat,itu kira nasib baik kena dibadan,ada yang lebih sadis kalau kena mata....memang power siapa yang boleh baling sampai kena biji mata...antara yang paling terror aku la...hahaha..jangan tak percaya...
Ahli kumpulan yang dapat bertahan paling ramai atau yang tak kena tembak
,itulah pemenangnya...memang happening...<permainan murah lagi menjimatkan>dan aku amat menghargai setiap kenangan bersama teman2 yang menjadi teman rapat dimasa laluku...apa agaknya khabar mereka agaknya...sesungguhnya setiap dari kita punya kenangan indah yang tak mungkin dapat kita lupa sampai keakhir hayat kita....<sambil menitiskan air mata>
sebenarnya banyak lagi memori aku disungai tu...nanti aku story mory lagi kat korang...lepas ni kita cerita bab permainan yang bermusim pulak...ini pun bab menarik yang aku nak kongsi<"">tapi korang kena follow aku selalu la kalau nak tahu kisah selanjutnya....TO BE CONTINUE la kiranya....kita jumpa lagi......*)
Monday, December 27, 2010
Posted by ainun gallery at 8:26 AM 0 comments
Thursday, December 16, 2010
Aku nak cerita pulak kalau sungai tu bah,selalunya hujung tahun macam sekarang ni akan berlakulah bah kat sungai memori tu...selalunya bah tu jadi kalau hujan lebat tak berhenti,tengah malamnya arwah abah aku akan kejutkan kami adik beradik bangun,bukan apa takut air naik sampai rumah,tapi syukurlah sampai sekarang tak pernah la jadi perkara yang tak diingini.Kami akan pergi ke atas titi(jambatan)untuk tengok arus deras..fuh!memang happening la aku cakap...air berpusar-pusar,dah dekat sangat nak cecah titi,dulu titi tu titi kayu,sekarang dah besi...gerun gak hati bila tengok air laju macam tu...tapi sekejap je,abah suruh balik.
Bila dah pagi,cepat-cepat pergi lagi kesungai tu,meninjau tempat kejadian lah kononnya,sah la air naik tinggi...sebabnya rumput habis lunyai kena air.Paras air masih dalam tak memungkinkan untuk bermandi manda...frust!tapi aku dan kawan2 seangkatan ada langkah penyelesaian...korang nak tau?ha...ni yang paling gempak,kita orang akan cantas pokok pisang abah aku,kita orang buat rakit....habis la pokok pisang yang tak berdosa tu jadi mangsa kerakusan kami yang masih tak tau apa erti susah masa tu...dah siap rakit apa lagi,dari hulu sungai berakit sampai ketiti lepas tu angkut pulak rakit tu ke hulu semula...penat!tapi seronoknya hanya kami yang tau...ha,korang pernah ke?aku sure,tak pernah kan kan?
Tapi yang tak seronoknya bila mak panggil makan,habis potong selera nak main...terpaksa stop sekejap,lepas makan sambung main pulak...sampai ke petang,kiranya sampai air sungai tu surut sikit la baru kami berhenti.memang layan!Time tu mana nak cari pelampung tayar macam sekarang,so tak ke pokok pisang tu jugak yang jadi mangsa....hahaha...kesian!Memang nostalgik.....
Ok lah aku stop dulu,kita sambung lagi....bye!tunggu ek?
Posted by ainun gallery at 8:11 AM 0 comments
Tuesday, December 14, 2010
Assalamualaikum semua...pagi yang indah untuk semua kan?apa nak kongsi hari ni ek?
apa kata kita cerita pasal nostalgia dulu-dulu...best gak kalau nak dikenang,ya lah...masa kita kecik-kecik dulu adalah masa terindah kita aku rasa....semua happy jer...tak yah risau pasal apa2 pun sebab semuanya mak bapak kita yang uruskan...yang kita tau,nak seronok je...siang malam pagi petang kalau boleh nak main.
Macam aku gak,aku lahir dalam sebuah keluarga serba sederhana...tapi penuh kasih sayang...aku anak bongsu perempuan,tu la pasal apa aku nak arwah abah aku akan cuba dapatkan...Kakak aku cakap masa diaorang dulu kena angkut air dari telaga,cari kayu api untuk buat masak,tak ada letrik....kesiankan?aku celik2 mata dah ada semua tu...kalau tak entahlah....ish...tak sanggup aku...
Korang nak tau,belakang rumah aku ada sungai...tempat paling best dalam dunia...masa tu lah.....banyak betul sejarah dan kenangan aku dan kawan2 yang seangkatan dengan aku...boleh kata dari pagi sampai petang sungai belakang rumah aku tu tak pernah sunyi...tambah lagi kalau cuti sekolah...lagilah meriah...segala aktiviti kami lakukan kat sungai tu...
Korang mesti tak pernah sauk ikan pakai kelambu buruk kan?ha...ni akak nak story sikit...bukan apa...nak bagi korang berimaginasi sekejap dengan cerita aku ni...memandangkan sungai tu tak berapa dalam dan arus pun tak deras kecuali bah,eh korang tau kan BAH tu apa kan?maka aku dan kengkawan yang setia bawaklah kelambu buruk mak aku untuk memulakan aktiviti kami yang paling mencabar mental dan fizilkal...cewah...
Cara-caranya....untuk sauk ikan guna kelambu ni kena berdua,lebih afdhal la orang kata...pegang kedua2 bucu kelambu tu lepas tu sauk la ke tepi tebing sungai...angkat,nasib baik dapat lah ikan seluang...udang kecik,kadang2 belut pun ada...eee,yang tu aku geli...dah dapat tu masuk dalam timba,agak2 dah banyak,balik suruh mak siang ikan kemudian digoreng...pergh...ikan fresh beb...puas hati la kalau dapat makan ramai2 macam tu...sikit kongsi ngan kengkawan...memang seronok.Dah kenyang sambung balik berendam...ini cerita masa cuti sekolah la...tak cuti tak dapat lah berendam macam badak air kat sungai tu...sampai biru mulut2 baru naik,tak pun kena jerit dengan mak masing2 barulah tergedik2 naik...
Ha...tu baru sikit story pasal sungai....nanti kita sembang lain....tunggu tau....
Posted by ainun gallery at 8:01 PM 0 comments
Sunday, December 12, 2010
cuti oh cuti.....tak tau lagi.....hehehe
Salam buat semua....aku pasti semua sihat dan ceria dipetang isnin yang cerah lagi terang benderang ni kan?
Posted by ainun gallery at 10:05 PM 0 comments
Thursday, December 9, 2010
Posted by ainun gallery at 9:41 PM 0 comments
Wednesday, December 8, 2010
MUTIARA JIWA....
KACA ITU BERDERAI,
BERSERAKAN DIBUMI ...LARA...
BIARKAN...IA TAKKAN BISA DICANTUM SEMULA...
IA HANYA KACA...BUKAN PERMATA...
ANDAI MUTIARA,
TERCAMPAK DIMUARA JUA BISA MENYINAR...
TERLEMPAR KEGUNUNG BISA DILIHAT KILAUNYA...
SEHITAM MANAPUN SANG MUTIARA,
TETAP INDAH DIMATA JIWA,
KERANA IA MUTIARA,
BUKAN KACA....
BIAS KACA TIDAKKAN PERSIS GEMERLAP PERMATA,
JADILAH PERMATA YANG TULUS SINARNYA,
BUKAN KACA YANG PALSU SEMATA,
SIMPAN DILUBUK SANUBARI SEHANGAT SUCI SANG MUTIARA....
Posted by ainun gallery at 11:05 PM 0 comments