THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Monday, December 27, 2010

Assalamualaikum....hai semua...kita jumpa lagi dalam blog yang paling seksi dimaya pada ni...cewah...mengangkat diri sendiri dalam erti kata lain perasan la tu...hehehe
Aku ada kisah baru nak kongsi dengan korang ...hari tu kita cerita pasal sungai memori aku kan?
sebenarnya banyak lagi perkara menarik yang korang perlu dan patut tahu pasal sungai tu...antaranya...kalau dulu sungai tu lah menjadi sumber bekalan air bagi penduduk kampung aku termasuklah keluarga aku...tapi itu duluuuu....sekarang semua warga kampung dah ada kemudahan air dan elektrik..tak susah macam dulu...syukur kerana merasa arus pemodenan...
Selain tu,lewat tahun 80an,sungai tu menjadi tempat berkumpulnya ibu2 yang membasuh pakaian...dulu mana ada mesin basuh macam sekarang ni...semua kena basuh pakai manual...(pakai tangan la maksud aku)...
dan yang paling sibuk adalah "kami" anak2 mereka...orang sibuk membasuh,kami sibuk main kejar2..bila kena marah,diam sekejap lepas tu sambung balik kegiatan kami yang ketika itu amatlah menyeronokkan...suasana jadi amat bising dengan suara kami yang memekak...ada yang jadi tarzan,ada yang main pasir,ada yang main perang2...eh,korang tau ke main perang2 tu macam mana?
Ha...meh sini aku nak story,main perang2 ni antara permainan wajib bagi kami kat sungai tu...cara2nya...ewah,macam nak buat kueh la pulak yea?tak kisah la...pertama sekali kami akan berpecah pada dua kumpulan,biasanya 3 atau 4 orang dah kira ok untuk mula...satu kumpulan akan mencari tempat persembunyian..dan satu kumpulan lagi bersiap sedia untuk memulakan perang...kami akan guna tanah liat yang banyak terdapat didindins sungai,tanah liat tu akan dikepal sebesar satu genggaman.tugas tanah liat tu adalah sebagai peluru...
Acara hendap-menghandap pun bermula...ha...kalau nak tau,inilah part paling gempak....acara baling membaling peluru tanah liat...sesiapa antara kami yang 'tertembak' pihak lawan maka orang tu akan dikeluarkan daripada permainan...kira out of the game lah...habis lah badan orang tu kena tanah liat,itu kira nasib baik kena dibadan,ada yang lebih sadis kalau kena mata....memang power siapa yang boleh baling sampai kena biji mata...antara yang paling terror aku la...hahaha..jangan tak percaya...
Ahli kumpulan yang dapat bertahan paling ramai atau yang tak kena tembak
,itulah pemenangnya...memang happening...<permainan murah lagi menjimatkan>dan aku amat menghargai setiap kenangan bersama teman2 yang menjadi teman rapat dimasa laluku...apa agaknya khabar mereka agaknya...sesungguhnya setiap dari kita punya kenangan indah yang tak mungkin dapat kita lupa sampai keakhir hayat kita....<sambil menitiskan air mata>
sebenarnya banyak lagi memori aku disungai tu...nanti aku story mory lagi kat korang...lepas ni kita cerita bab permainan yang bermusim pulak...ini pun bab menarik yang aku nak kongsi<"">tapi korang kena follow aku selalu la kalau nak tahu kisah selanjutnya....TO BE CONTINUE la kiranya....kita jumpa lagi......*)

0 comments: